the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jabatan perhutanan T’ganu sasar tanam 3 juta pokok memjelang 2025

DUNGUN: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menyasarkan penanaman sehingga tiga juta pokok menjelang 2025 bagi menjayakan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Pengarahnya, Roslan Rani berkata pada 2021, pihaknya berjaya menanam 322,018 pokok di seluruh Terengganu mengatasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 250,000 pokok.

“Pandemik Covid-19 sepanjang tahun lepas tidak menghalang jabatan untuk terus melaksanakan pelbagai program hasil kerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan, syarikat swasta, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan komuniti setempat di seluruh Terengganu.

“Pada 2022 dan seterusnya, kami sasarkan penanaman 600,000 pokok setiap tahun demi mencapai sasaran tiga juta pokok menjelang 2025. Jabatan akan memberi bimbingan untuk program penanaman bersama dengan pihak yang berminat serta membantu untuk membekalkan anak pokok pelbagai spesies bagi memastikan sasaran itu tercapai,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian majlis gotong-royong sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Program Penghijauan Malaysia peringkat negeri Terengganu yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil di Pantai Teluk Bidara di sini, hari ini.

Pada majlis itu, wakil 38 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang turut menerima sumbangan anak pokok untuk ditanam di kampung masing-masing.

Roslan berkata pada tahun ini, semakin banyak syarikat korporat, institusi pengajian tinggi dan sekolah yang menyatakan minat untuk menjayakan kempen tersebut termasuk orang ramai yang berdaftar di aplikasi Penghijauan Malaysia dan laman web www.100jutapokok.gov.my.

“Jabatan juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang banyak membantu melaksanakan program Penghijauan Malaysia melalui pelbagai projek penanaman yang dijadualkan sepanjang tahun ini,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings