the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerani rugi hampir RM10,000 gara-gara beli telefon bimbit di media sosial

SEREMBAN: Seorang kerani di Gemas, dekat sini berputih mata apabila kerugian hampir RM10,000 gara-gara ditipu dalam urusan jual beli telefon bimbit jenama iPhone 12 menerusi media sosial pada 20 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook(gambar) berkata wanita berusia 24 tahun itu tertarik untuk membeli telefon bimbit berkenaan , yang diiklankan menerusi Instagram ketika berada di rumahnya di Felda Palong 7, kira-kira pukul 9 malam.

“Mangsa berurusan dengan seorang individu menerusi WhatsApp dan diminta melakukan pembayaran barangan jika berminat bagi pengesahan pembelian tersebut melalui pautan diberikan.

“Percaya dengan perkara itu, dia kemudiannya menekan pautan tersebut dan membuat pembayaran secara dalam talian sebanyak RM1,300 kepada satu akaun individu pada keesokannya,“ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hoo berkata mangsa membuat penyemakan baki akaunnya di sebuah bank di Bahau pada 31 Mac lepas dan mendapati baki akaun telah berkurangan sebanyak RM9,500, yang didakwa dipindahkan ke sebuah akaun bank tempatan milik seorang individu sebanyak empat kali tanpa pengetahuannya.

Beliau berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis dua hari lepas (1 April) di Balai Polis Bahau dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings