the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemimpin negeri seru rakyat kibarkan Jalur Gemilang sambut Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin kerajaan negeri berkongsi ucapan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dengan harapan perpaduan terus diperkukuh antara rakyat Malaysia.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyeru rakyat agar mengibarkan Jalur Gemilang kerana ia adalah tanda semua berdiri teguh sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

Beliau berkata rakyat tidak seharusnya takut atau segan untuk mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan rumah atau kenderaan hanya kerana beberapa insiden perkauman.

“Apabila Jalur Gemilang berkibar megah di setiap jalan, taman perumahan, sekolah dan pejabat, ia menjadi simbol kesetiaan kita kepada tanah air, tanda penghargaan terhadap kemerdekaan dan bukti cinta kepada keamanan.

“Hari Kebangsaan ke-68 adalah detik bersejarah yang mengingatkan kita kebebasan tidak datang bergolek, tetapi diperjuangkan dengan darah, air mata dan kesepakatan seluruh kaum yang bersatu demi tanah air tercinta,” katanya.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tema ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ membawa erti yang sangat besar dan menuntut masyarakat untuk terus menghayati roh kemerdekaan.

“Kemerdekaan yang kita kecapi ini adalah hasil perjuangan darah, keringat dan air mata para pejuang terdahulu.

“Tanggungjawab kita hari ini ialah mengisi kemerdekaan dengan semangat kebersamaan, memperkukuh perpaduan dan mengelakkan perpecahan,” katanya.

Beliau menyeru rakyat bersama-sama meneguhkan tekad dan menjulang Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Water resources and MyCC among key Dewan Rakyat agenda

Long-term plans to enhance water resource capacity, empowerment of MyCC, and age verification for social media accounts are among matters scheduled for discussion today

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings