the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

OKT positif Covid-19 meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan iaitu Orang Kena Tahan (OKT) meninggal dunia di wad Covid-19 di Hospital Kota Tinggi, Johor, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata OKT berkenaan mengalami demam dan muntah serta disahkan positif wabak Covid-19, dihantar ke hospital berkenaan pada 16 Feb untuk rawatan lanjut.

“OKT sebelum ini ditumpangkan sementara dalam lokap polis ekoran penularan Covid-19 di penjara. Punca kematian OKT berkenaan masih tidak diketahui dan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan.

“OKT berusia 43 tahun itu sebelum ini ditahan pada 21 Jan lepas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri berkata OKT telah dituduh di mahkamah pada 25 Jan lepas dan jamin telah ditawarkan namun OKT gagal sediakan penjamin menyebabkan OKT diperintahkan menjalani tahanan reman penjara.

Beliau berkata tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 1 Feb lepas dan akan dibicarakan pada 28 Feb ini.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings