the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas anggota keselamatan mengaku salah atas empat tuduhan menipu

KUANTAN: Seorang bekas anggota keselamatan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menipu seorang wanita warga Indonesia bagi mendapatkan dokumen kerakyatan Malaysia anaknya.

G. Ananda Raj, 36, yang beralamat di Georgetown, Pulau Pinang membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya, yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.

Tertuduh didakwa menipu wanita itu sehingga mangsa menyerahkan wang tunai RM2,000, kononnya bagi urusan mendapatkan kerakyatan Malaysia anaknya, di sebuah rumah di Semambu di sini pada 12 tengah hari, 26 Sept 2020 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Azreen Wan Zaid memohon kes ditangguhkan pada tarikh lain untuk hukuman, sementara menunggu fakta kes dan menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nur Hafidza Baharudin yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan, kerana anak guamnya kini bekerja sebagai pengurus kafe di Perak dengan pendapatan bulanan sekitar RM4,000.

Nurul Farahah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jan untuk sebutan semula kes.

Ananda Raj juga mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menipu berkaitan penjualan telefon pintar dan komputer riba, sehingga mengakibatkan seorang peniaga yang berusia 27 tahun melakukan pemindahan wang secara dalam talian ke akaun tertuduh berjumlah RM2,400.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar daerah ini antara 4 Mei hingga 14 Mei 2021.

Bagi tiga pertuduhan itu, Nurul Farahah membenarkan jaminan sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings