the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dakwaan pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong akan disiasat

IPOH: Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menyiasat gambar tular baru-baru ini yang mendakwa berlaku aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong dekat Kuala Kangsar.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan aktiviti itu dan tidak menolak kemungkinan ia adalah gambar lama.

“Saya nampak ini macam gambar lama dan kalau betul cerita baharu maka Jabatan Perhutanan akan buat siasatan. Kita kena tengok kesahihannya sebab tidak pasti betul atau tidak,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Doa Selamat dan Santai Bersama Menteri Besar Perak dan Penyerahan Kit Kebun Kita kepada petani di sini kelmarin.

Baru-baru ini tular beberapa gambar di kawasan hutan menunjukkan batang-batang pokok ditebang dan ditarah didakwa berlaku di Hutan Simpan Kledang Saiong.

Beliau berkata jika wujud pembalakan haram, tindakan undang-undang sewajarnya boleh dikenakan terhadap pihak terlibat.

“Kalau betul ia berlaku dan dia (pihak terlibat) didapati mencuri balak, besar hukuman dia, dia boleh didakwa dan dihukum. Kawasan pembalakan perlu lesen yang dikeluarkan berasaskan kepada kelulusan yang dibuat oleh jawatankuasa hasil hutan.

“Ia diluluskan, baru dia dapat lesen kemudian baru dia bawa keluar kayu. Kalau tiada, itu dikira mencuri kayu,“ katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai arahan pengosongan tanah kepada petani di Kanthan dan Tanah Hitam, Chemor di sini oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PNKP), Saarani berkata pihaknya sedang menunggu arahan mahkamah.

“Ia sudah menjadi kes mahkamah jadi tunggu arahan mahkamah. Perundingan telah dibuat tetapi tidak nampak jalan untuk mereka selesaikannya secara rundingan,“ katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu membuat persiapan bagi menyediakan prasarana di kawasan itu termasuk membangunkan Silver Valley Technology Perak (SVTP) berikutan banyak permintaan diterima daripada pelabur luar.

Katanya SVTP merupakan satu daripada taman perindustrian yang dicadangkan untuk kegunaan pelabur dan pembangunannya akan disegerakan mengikut jadual kerana ia adalah permintaan dan keperluan.

SVTP merupakan satu taman perindustrian baharu di Chemor dan dijangka memacu sektor pembuatan berteknologi tinggi serta bertindak sebagai pemangkin Revolusi Industri 4.0.

Isu pengusiran petani di Kanthan dan Tanah Hitam pernah dibangkitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Disember lepas.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings