the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 91 peratus populasi remaja di Malaysia lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,837,197 individu atau 91.2 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 2,937,206 individu atau 94.4 peratus daripada kumpulan itu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, sebanyak 1,167,019 individu atau 32.9 peratus telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Sementara itu, bagi populasi dewasa, sejumlah 15,280,702 individu atau 64.9 peratus telah menerima dos penggalak Covid-19 manakala sejumlah 22,934,957 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 23,211,514 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 45,025 dos vaksin diberikan meliputi 23,489 dos pertama, 1,349 dos kedua dan 20,187 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,159,756.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 87 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Johor merekodkan angka tertinggi iaitu 22 kes, diikuti Selangor (18), Perak (10), Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masing-masing enam kes.

Pahang merekodkan lima kes, masing-masing empat kes di Kedah dan Kelantan, manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing tiga kes, Sarawak (dua) serta Sabah (satu). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings