the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekalan telur terhad bagi gred tertentu sahaja: KPDNHEP Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menafikan laporan mendakwa bekalan telur di negeri itu telah kehabisan.

Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata bagaimanapun pihaknya mengakui bekalan telur bagi gred tertentu adalah terhad berikutan jumlah stok yang dibekalkan pengeluar kepada pemborong dan pihak pasar raya buat masa ini berkurangan kira-kira 50 peratus daripada kebiasaan.

“Bekalan telur di Terengganu ini bukanlah habis langsung seperti didakwa. Bekalan telur ada tetapi gred-gred tertentu agak terhad. Ada pengguna menumpukan untuk membeli satu-satu gred telur dan telur papan sahaja namun telur yang dijual 10 biji untuk sepeket itu masih ada di kedai-kedai dan pasar raya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan hari ini mengenai masalah bekalan telur di Terengganu.

Saharuddin berkata kekurangan stok telur bagi gred tertentu buat masa ini merupakan isu nasional yang saling berkait dengan beberapa faktor termasuk peningkatan harga makanan ternakan dan cuaca serta ia dihadapi oleh kebanyakan negeri bukan sahaja Terengganu.

Dalam pada itu, beliau berkata kekurangan stok bekalan telur turut dipengaruhi peningkatan permintaan ke atas bahan makanan itu berikutan musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

“Bagi membantu mengatasi masalah ini, ada pasar raya yang melakukan kawalan kendiri dan mengehadkan jumlah pembelian. Contohnya, setiap pembeli hanya dibenarkan mengambil dua papan telur sahaja,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings