the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pusat pemindahan banjir terakhir di Kedah ditutup

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas PPS terakhir di daerah Pendang ditutup, membenarkan semua mangsa kembali ke rumah.

ALOR SETAR: Banjir di Kedah telah pulih sepenuhnya selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir di daerah Pendang ditutup pada pukul 2 petang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah telah ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pusat itu telah dibuka sejak 25 Oktober lalu.

PPS tersebut pada pagi ini menempatkan seramai 46 mangsa daripada 12 keluarga.

Banjir di daerah Pendang sebelum ini menjejaskan beberapa mukim termasuk Rambai, Padang Pusing Padang Peliang, Padang Kerbau, Guar Kepayang dan Tobiar.

Kejadian banjir bermula sejak 25 Oktober lalu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings