KUALA LUMPUR: Malaysia mengesan dua kes pertama Covid-19 yang dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2 yang juga dikenali sebagai B1.525 di Malaysia, membabitkan dua warganegara asing.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua individu berkenaan tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan didapati positif Covid-19 melalui ujian swab RT PCR.
âInstitut Penyelidikan Perubatan (IMR) seterusnya melakukan penjujukan genom penuh setelah mengambil kira sejarah perjalanan mereka.
âAnalisis lebih lanjut menunjukkan terdapatnya semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian tersebut,â katanya dalam catatan Facebooknya hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, varian Nigeria, B1.525, pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) dan Nigeria pada Disember 2020.
Katanya, ini termasuk mutasi âspike proteinâ E484K, Q677H, F888L dan rangkaian âprotein deletionsâ serupa yang dilihat dalam varian UK B.1.1.7.
Menurut Dr Noor Hisham, mutasi âspike proteinâ E484K juga mendapat perhatian kerana ia dilaporkan dapat menghindari sistem imun.
âSejak varian itu dikesan, sebanyak 360 urutan varian ini boleh dijumpai di GISAID (satu inisiatif sains global dan sumber utama untuk data genom irus influenza), dengan laporan tertinggi dari Denmark (n = 121) , diikuti oleh UK (n = 73) dan Nigeria (n = 56).
âVarian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun,â katanya.
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia melalui IMR dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi Nigeria B1.525 ini dan akan memaklumkan orang awam dari semasa ke semasa.
âWalaupun program vaksinasi COVID-19 sedang dilaksanakan, pendekatan kesihatan awam masih perlu terus diamalkan kerana imuniti kelompak masih belum tercapai.
âOrang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa,â katanya.
-Bernama








