Wednesday, November 5, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Namewee serah diri bantu siasatan kes bunuh pempengaruh Taiwan

Bernama

Namewee menyerah diri di IPD Dang Wangi untuk bantu siasatan kes kematian pempengaruh wanita Taiwan Hsieh Yun Hsin di hotel Jalan Conlay.

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi awal pagi tadi.

Beliau tampil bagi membantu siasatan berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Jalan Conlay bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam mengesahkan perkara itu dan memaklumkan permohonan reman akan dibuat pagi ini.

“Untuk makluman, Namewee akan direman pagi ini,” katanya.

ALSO READ: Pempengaruh Taiwan mati di hotel disiasat sebagai kes bunuh

Difahamkan Namewee tiba dari Johor Bahru untuk memberi keterangan berhubung kematian Hsieh Yun Hsin.

Mangsa ditemukan mati di dalam bilik air hotel berkenaan pada 22 Oktober lepas.

Menerusi hantaran Facebook, Namewee berkata beliau hadir secara sukarela dan bersedia beri kerjasama penuh.

“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kes itu kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pemuzik terbabit merupakan individu terakhir bersama mangsa dan dianggap penting dalam siasatan.

Mayat Hsieh dilaporkan ditemukan oleh pemuzik berkenaan di dalam tab mandi pada 1.40 tengah hari, 22 Oktober lepas.

Dalam siasatan sama, pemuzik itu turut ditahan kerana memiliki dan menggunakan dadah.

Polis menemukan sembilan pil berwarna biru disyaki ekstasi seberat 5.12 gram dalam bilik hotel.

Beliau kemudian didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Oktober.

Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan analisis toksikologi bagi kenal pasti punca kematian wanita berusia 33 tahun itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

HeyMax Launches in Hong Kong and Announces Partnership with Cathay

SINGAPORE and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - HeyMax, the Singapore-based loyalty and travel rewards platform, today announced its launch into the Hong Kong market, marking its first international expansion and a new partnership with Cathay.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img