the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

DAP Sabah umum senarai calon PRN Sabtu ini di Kota Kinabalu

DAP Sabah akan umum senarai calon PRN Sabtu ini, yakin dengan kemampuan calon pilihannya untuk pertahan kerusi sedia ada.

SANDAKAN: DAP Sabah akan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada Sabtu ini di Kota Kinabalu.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah Datuk Chan Foong Hin berkata parti itu sudah bersedia dan yakin dengan kemampuan semua calon yang dipilih.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pengundi di Sandakan boleh menilai sendiri gerak DAP di kawasan berkenaan.

“Saya ada singgah di Pusat Khidmat Komuniti MADANI di sini dan kita lihat dan rasa kewujudan DAP di sini, jadi tidak wujud isu kita kurang yakin,” katanya kepada pemberita.

Mengenai persiapan parti mempertahankan kerusi DUN Tanjung Papat, Chan berkata jentera DAP tetap bersedia.

Ini meskipun penyandang kerusi tersebut Datuk Frankie Ming Fung keluar parti bersama ahli daripada sembilan cawangan bulan lepas.

Tanjung Papat adalah antara enam kerusi DUN yang dimenangi DAP dalam PRN Sabah 2020.

Lima kerusi lain ialah Luyang, Likas, Kapayan, Elopura dan Sri Tanjong.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian PRN Sabah ke-17.

Tarikh penamaan calon ialah 15 November manakala pengundian awal pada 25 November. – Bernama

Related

spot_img

Latest

MACC continues questioning senior armed forces officer in fund misuse probe

The Malaysian Anti-Corruption Commission continues its investigation into alleged fund misuse, recording a second day of statements from a senior Malaysian Armed Forces officer.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories