the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Vaksinasi harian catat rekod tertinggi semalam, lebih 1.18 juta lengkapkan dos kedua

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mencatat rekod vaksinasi harian tertinggi semalam dengan pemberian sebanyak 151,309 dos selepas ia dilaksanakan bermula 24 Feb lepas.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan daripada keseluruhan dos yang diberikan semalam, seramai 105,722 individu mendapat suntikan pertama.

“Sementara itu, 45,587 lagi menerima dos kedua,“ demikian menurut jawatankuasa itu menerusi laman Twitternya.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sehingga semalam seramai 1,180,744 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 masing-masing.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya berkata seramai 2,609,377 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah 3,790,121 dos setakat semalam.

Beliau berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 152,215 dos diikuti Sarawak (124,820), Kuala Lumpur (108,740), Perak (108,361) dan Johor (107,192).

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan menyasarkan lebih 200,000 orang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 sehari bermula Julai ini.

Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata jumlah itu kemudian akan ditingkatkan kepada lebih 300,000 orang sehari mulai Ogos.

Setakat semalam, 52.7 peratus atau 12,774,132 individu telah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,367,090 orang.

Mengikut perancangan, fasa kedua program itu yang bermula April hingga Ogos ini akan melibatkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga bermula bulan lepas hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Maritimo Appoints KJM Marine as Middle East and Indian Ocean Dealer

Maritimo has appointed KJM Marine as its exclusive dealer across the GCC and selected Middle East and Indian Ocean markets, expanding regional access to its Australian-built luxury motor yachts with dedicated sales, technical expertise and comprehensive after-sales support.

Strait of Malacca Asia’s second key energy chokepoint: Expert

The Strait of Malacca should be viewed as the second major chokepoint in Asia’s energy and trade chain rather than an alternative to the Strait of Hormuz, said Universiti Utara Malaysia Asian Institute of International Affairs and Diplomacy research fellow Dr Mohammad Khairuddin Othman.

BateriHub, Global Energy Battery partner MNA Metal to tighten Malaysia’s used battery recycling chain

BateriHub and Global Energy Battery have partnered with MNA Metal Resources to strengthen Malaysia's used automotive battery recycling chain, improving responsible collection, documentation and licensed recycling while supporting greater environmental accountability and sustainable waste management across the automotive industry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings