the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia perkukuh ekosistem pusat data dan bakat tempatan ke arah negara AI 2030

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Malaysia perkuat ekosistem pusat data dengan RM144.4 bilion pelaburan, fokus bakat tempatan dan hala tuju dasar untuk capai sasaran negara AI 2030.

CYBERJAYA: Malaysia akan terus memperkukuh ekosistem pusat data melalui dasar yang jelas dan pembangunan bakat tempatan sebagai sebahagian matlamat jangka panjang menjadi negara kecerdasan buatan menjelang 2030.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pasukan Petugas Pusat Data yang dipengerusikannya bersama Menteri MITI akan menumpukan kepada hala tuju dasar dan pemudahan pertumbuhan industri pusat data negara yang mampan.

“Walaupun kita telah menarik banyak pelaburan daripada syarikat global yang besar dan kebanyakannya telah mula membangunkan pusat data di Malaysia namun pada masa sama kita perlu meneliti cara untuk kita menumpukan kepada bakat yang ada di Malaysia,” katanya selepas pelancaran Pusat Data 2 Cyberjaya Basis Bay.

Gobind berkata kerajaan yakin dengan keupayaan syarikat tempatan dan mahu melihat lebih banyak syarikat Malaysia menubuhkan serta mengendalikan pusat data di dalam negara.

“Kejayaan Basis Bay hari ini menunjukkan syarikat tempatan mampu membina dan mengendalikan infrastruktur digital bertaraf dunia,” katanya.

Beliau menyatakan pelaksanaan kerangka nasional seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia Fasa 3 menunjukkan keseriusan kerajaan mentransformasikan landskap perindustrian dan digital.

“Akhirnya, semua usaha ini akan mendorong ke arah Negara AI 2030, yang mencerminkan komitmen kukuh untuk membina ekosistem yang melibatkan bukan sahaja pelabur global malah juga juara tempatan kita sendiri,” katanya.

Malaysia telah menjadi antara pasaran pusat data paling dinamik di Asia Tenggara dipacu oleh penggiat tempatan serta keyakinan syarikat teknologi utama global.

Antara 2021 hingga 30 Jun 2025 sebanyak 143 projek pelaburan pusat data telah diluluskan dengan jumlah pelaburan bernilai RM144.4 bilion dan mewujudkan 1,429 peluang pekerjaan baharu.

“Pelaburan sedemikian secara semula jadi akan menyumbang kepada KDNK Malaysia, di samping menjanjikan peluang ekonomi kepada rakyat,” katanya.

Pertumbuhan berterusan sektor tersebut sejajar dengan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara AI menjelang 2030 yang disokong oleh Pejabat AI Kebangsaan.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Basis Bay Datuk Praba Thiagarajah berkata tumpuan semasa kerajaan kepada sokongan syarikat tempatan menandakan perubahan positif berbanding amalan terdahulu.

Beliau juga menekankan keselamatan siber dan kedaulatan data mesti kekal sebagai teras strategi digital Malaysia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Witness protection amendment bill tabled for first reading

The Witness Protection (Amendment) Bill 2026, aimed at enhancing witness protection with psychological and post-protection support, was tabled for first reading in the Dewan Rakyat.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings