the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

190 pasukan pantau pematuhan SOP di kawasan perumahan, kampung di Terengganu

KEMAMAN: Polis Terengganu mengaktifkan 190 Pasukan Pemantauan Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi menjalankan rondaan di setiap kawasan perumahan dan kampung bagi memastikan masyarakat mematuhi arahan sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik (pix) berkata pasukan dengan kekuatan hampir 800 pegawai dan anggota itu tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun terutama kepada tuan rumah sekiranya terdapat pelanggaran SOP sambutan Aidilfitri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula hari ini hingga 7 Jun.

“Pada hari raya ini kalau kita dapati satu rumah itu ada khemah, buat majlis besar, ada kenderaan banyak memang akan kena kompaun terutama tuan rumah.

“Melalui rondaan itu juga kita akan kenakan tindakan sekiranya terdapat mana-mana inidividu yang balik (ke Terengganu) dari negeri-negeri lain tanpa surat kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Sekatan Jalan (SJR) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Perasing di sini, semalam.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan antara larangan dan arahan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh PKP termasuk tiada ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya, esok.

Sementara itu, Roslee berkata setakat ini sebanyak 17 kompaun masing-masing bernilai RM5,000 telah dikeluarkan kepada individu merentas negeri tanpa surat kebenaran yang sah.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 11 kompaun dikeluarkan di daerah Kemaman manakala selebihnya di Besut.

Dalam pada itu, beliau berkata polis telah mengetatkan lagi kawalan di 30 lokasi lorong tikus di Besut dan tujuh di Kemaman yang digunakan segelintir penduduk untuk merentasi daerah dan sempadan negeri.

Menyentuh mengenai tindakan individu tidak bertangungjawab membakar sekatan laluan lorong tikus di Besut, Roslee berkata perkara itu sedang disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api dan pihaknya telah mempunyai petunjuk untuk mengenal pasti mereka yang terlibat.

Dilaporkan akibat terlalu marah apabila laluan tikus ditutup segelintir penduduk bertindak membakar penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis.

Kejadian itu dikesan berlaku di Kampung Gong Lapang, Besut kira-kira 9.30 pagi, Ahad lepas (9 Mei).

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings