the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: Lelaki Malaysia positif dikaitkan dengan kluster Kasino di Singapura

SINGAPURA: Seorang lelaki Malaysia berusia 34 tahun merupakan kes baharu Covid-19 yang dikaitkan dengan kluster Dealer Marina Bay Sands Casino dan disahkan positif untuk tahap awal varian B1617, menurut kementerian kesihatan republik itu.

Dalam data penuhnya yang dikeluarkan lewat malam tadi, kementerian itu mengatakan lelaki berkenaan kini menganggur dan merupakan kontak serumah dengan kes pertama dalam kluster itu, seorang lagi lelaki Malaysia berusia 36 tahun yang bekerja sebagai dealer di Marina Bay Sands Casino, dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada 16 Mei.

“Beliau mengalami demam dan batuk pada 12 Mei, dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik Kesihatan Awam pada 15 Mei, dan didapati positif saringan ‘Antigen Rapid Test’ (ART). Beliau segera dikuarantin dan menjalani ujian ‘Polymerase Chain Reaction’ pada hari yang sama.

“Keputusan ujian mengesahkan beliau positif Covid-19 pada 16 Mei. Hasil ujian serologinya belum diperoleh. Beliau didapati positif tahap awal untuk varian B1617, dan sedang menunggu ujian pengesahan lebih lanjut,“ kata kementerian itu.

Berikutan kes baharu itu, kluster Dealer Marina Bay Sands Casino kini mencatatkan tiga kes dengan kes lain melibatkan seorang lelaki Singapura berusia 35 tahun yang juga bekerja sebagai dealer di Marina Bay Sands Casino.

Republik itu yang telah memperketat langkah-langkah pengurusan keselamatan dalam komuniti bermula 16 Mei, setakat ini mencatat 61,613 kes keseluruhan.

Ia mempunyai 16 kluster terbuka setakat ini dengan yang terbesar berkait dengan kes Terminal 3 Lapangan Terbang Changi yang mempunyai 78 kes yang disahkan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings