Thursday, November 6, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis KL kesan cubaan sabotaj program selawat dan munajat

The Sun Webdesk

Polis KL dedahkan cubaan sabotaj program selawat dan munajat dengan e-mel palsu, pastikan acara berjalan seperti dijadualkan.

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengesan cubaan sabotaj terhadap Program Selawat dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung petang esok di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 di sini.

Menerusi kenyataan di laman sosial rasminya, Polis Kuala Lumpur memaklumkan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah mengedarkan e-mel palsu kepada jemputan kononnya program itu dibatalkan.

“Program Selawat dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur 1447H/2025M tidak dibatalkan, program berkenaan akan berlangsung sepertimana yang telah dijadualkan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan program berkenaan yang juga boleh diikuti secara dalam talian melalui laman Facebook rasminya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img