the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja bawah umur terpedaya tawaran gaji lumayan sindiket judi dalam talian

KUALA LUMPUR: Empat remaja bawah umur merupakan antara 20 individu yang ditahan kerana dipercayai terbabit dengan sindiket perjudian dalam talian dan pelaburan tidak wujud ketika serbuan polis di sebuah kondominium mewah di Jalan Tun Razak di sini

malam semalam.

Keempat-empat remaja berusia lingkungan 16 hingga 18 tahun itu ditawarkan gaji lumayan iaitu RM3,500 sebulan dan tempat tinggal di Kuala Lumpur menerusi aplikasi WeChat untuk bekerja di pusat khidmat pelanggan.

Difahamkan, mereka dibawa oleh pemandu yang diupah sindiket dari selatan tanah air dengan menaiki van atau kereta.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Nasri Mansor berkata sindiket itu menjalankan operasi di sebuah kondominum yang disewa dengan harga RM10,000.

Beliau berkata dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam, 20 individu terdiri daripada 16 lelaki termasuk seorang warga China dan empat wanita termasuk seorang warga Vietnam yang berperanan sebagai pembantu rumah ditahan.

“Ada antara mereka cuba melarikan diri dan merebus nombor akaun dipercayai milik mangsa bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan,“ katanya kepada pemberita di lokasi serbuan malam semalam.

Nasri berkata mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings