KOTA TINGGI: Golongan warga emas melahirkan rasa lega selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Felda Lok Heng di sini yang dilihat dapat membantu mempercepatkan proses vaksinasi di kawasan luar bandar.
Seorang suri rumah, Maimun Taib, 65, berkata usaha dilakukan kerajaan sangat tepat dan begitu menyenangkan banyak pihak terutamanya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas sepertinya yang menghadapi masalah kesihatan dan pengangkutan.
âRasa lega dan bersyukur apabila boleh dapat vaksin di kawasan kampung sendiri, tidak lagi perlu pergi jauh, maklumlah saya dah berusia, jadi program macam ni sangat membantu saya yang mempunyai keterbatasan untuk bergerak jauh.
âMalah, ramai warga emas yang tinggal di kawasan sekitar ini. Dengan adanya Movak, cepatlah golongan ini mendapat vaksin,â katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, menerusi program Movak, di sini baru-baru ini.
Menurut Maimun, beliau mendapat janji temu vaksin Covid-19 dua hari sebelum tarikh suntikan dan berasa teruja serta tidak sabar untuk menerima dos pertama kerana sentiasa bimbang akan risiko dijangkiti wabak itu disebabkan faktor usianya.
Seorang lagi warga emas, A. Latif Benu, 68, berkata beliau berasa sangat bertuah kerana terpilih mendapat vaksin Covid-19 menerusi program Movak dan berharap daya ketahanan tubuhnya akan meningkat setelah menerima suntikan sekali gus menghindarkan dirinya daripada dijangkiti virus Covid-19.
Menurutnya, beliau berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan seperti ruangan menunggu, khidmat bantuan yang diberikan pasukan keselamatan dan sukarelawan, selain proses melengkapkan vaksinasi itu hanya mengambil masa kurang satu jam.
âSangat dekat dengan rumah, lagipun sekarang ada pelaksanaan sekatan pergerakan penuh. Tidak boleh pergi jauh-jauh. Syukur proses vaksinasi berjalan lancar. Banyak petugas sukarelawan membantu dan keseluruhannya program ini sangat baik,â katanya.
Sementara itu, Norhayatul Nyusus, 31, yang bertanggungjawab membawa bapanya ke Movak menyifatkan kemudahan itu bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga bagi mendapatkan vaksin malah dapat mengurangkan risiko kemalangan dan sebagainya.
âMovak sangat bagus, mesra OKU dan sesuai untuk mereka yang menggunakan kerusi roda. Lagipun jarak rumah saya ke pusat pemberian vaksin sedia ada agak jauh iaitu kira-kira 40 kilometer. Terima kasih kerana menyediakan kemudahan ini,â katanya.
Sabtu lepas, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique ketika melancarkan program Movak dilaporkan berkata inisiatif oleh kementeriannya bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dapat membantu proses pemberian vaksin kepada rakyat terutamanya masyarakat luar bandar sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi Covid-19 di negara ini. –Bernama









