the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rampas dadah RM1.98 juta, suami isteri,adik beradik ditahan

IPOH: Enam individu membabitkan dua pasangan suami isteri dan dua beradik, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di negeri ini sejak tahun lepas, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata sindiket pengedaran itu juga tumpas dengan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.98 juta dalam empat serbuan berasingan di sekitar daerah Ipoh pada Rabu dan Khamis lepas.

Menurutnya, hasil risikan dan maklumat yang diterima, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki berumur 32 tahun di tempat letak kereta di sebuah kondominium di Kampung Simee di sini pada 2.30 petang, Rabu.

“Susulan penahanan lelaki tersebut, pada hari yang sama polis melakukan tiga serbuan berasingan di tiga rumah di Kampung Simee, Tambun dan Bercham di sini dan menahan tiga individu termasuk dua wanita berumur lingkungan 26 hingga 32 tahun.

“Polis turut melakukan dua serbuan di sekitar kawasan Bukit Merah dan Kampung Rapat di sini pada 5.10 petang semalam serta menahan dua lelaki berumur 27 dan 34 tahun,“ katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

Mior Faridalathrash berkata hasil serbuan itu membawa kepada rampasan kira-kira 5.46 kilogram dadah bernilai RM1,983,993.

Menurutnya, turut disita lima kenderaan iaitu Toyota Harrier, Toyota Estima, Toyota Camry, Honda Civic serta sebuah motosikal jenis Kawasaki Versys serta barangan kemas dan empat utas jam tangan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM262,596.

“Suspek pertama berumur 32 tahun direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 2 Jun manakala lima lagi suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 30 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,“ katanya.

Mior Faridalathrash berkata dua suspek berumur 27 dan 34 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala hasil ujian air kencing ke atas kesemua suspek mendapati hanya seorang suspek sahaja yang positif.

Beliau berkata keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 110,000 pengguna dadah untuk pasaran tempatan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings