the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

HTAR alu-alukan sumbangan orang ramai bantu tangani peningkatan pesakit Covid-19

SHAH ALAM: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengalu-alukan orang ramai untuk terus membantu menangani peningkatan jumlah pesakit Covid-19 di hospital itu terutamanya sumbangan pemekat oksigen.

Pengarahnya Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata pihaknya amat berterima kasih atas pelbagai jenis sumbangan diterima HTAR selama ini dan berharap orang ramai terus menghulurkan sumbangan bagi membantu merawat pesakit sekali gus meringankan beban petugas barisan hadapan.

“Jika tiada (sumbangan), memang tidak cukup (untuk menampung keperluan pesakit Covid-19),” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

HTAR menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Sabtu lepas memaklumkan menerima sumbangan sebuah bas daripada pendakwah bebas Ebit Lew untuk membawa pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin.

Sebelum itu, HTAR turut menerima 12 unit pemekat oksigen dan peralatan perubatan sumbangan Pertubuhan Amal Perubatan Ibu Sina Malaysia (Papisma) Selangor dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia serta sebuah kontena penyimpanan mayat daripada MIC.

Dalam pada itu, Dr Zulkarnain berkata pihaknya akan memberi laluan kepada projek pembangunan hospital medan di HTAR yang dibantu oleh Mercy Malaysia, hasil peruntukan sumbangan daripada Maybank yang menempatkan hingga 100 katil tambahan.

HTAR sebelum ini memaklumkan projek itu akan diserahkan untuk penggunaan pada Rabu ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings