the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemimpin utama parti politik di Sarawak serah borang pencalonan

KUCHING: Pemimpin utama parti politik yang berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing semasa tempoh penamaan calon menghampiri penghujungnya menjelang 10 pagi tadi.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg(gambar), yang menjadi penyandang di Satok sejak 1981 sebelum memutuskan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gedong kali ini, menyerahkan borang pencalonannya di Dewan Masyarakat Gedong.

Dua timbalannya iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pula menyerahkan borang pencalonan masing-masing untuk bertanding di kerusi Dun Bukit Saban dan Bukit Sari.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding di kerusi Dun Batu Kawah di bangunan Majlis Perbandaran Padawan di Bazaar Batu 10 manakala Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing berbuat demikian di Perpustakaan Awam Sibu Jaya untuk bertanding di kerusi Dudong.

SUPP dan PDP adalah parti komponen GPS.

Pemimpin lain ialah Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyerahkan borang pencalonannya di auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi kerusi Padungan manakala Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh menyerahkan borangnya untuk bertanding di kerusi Bawang Assan di Dewan Suarah Sibu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings