the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saya masih dapat sokongan, perletakan jawatan tidak berbangkit – Muhyiddin (Kemaskini)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari (pix) ini menegaskan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata perkara berkenaan telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis menghadap di Istana Negara, pagi ini.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya menerusi Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini.

Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin berkata beliau juga sedar bahawa kedudukannya sebagai Perdana Menteri sering kali dipersoalkan.

Sehubungan itu, beliau telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan,” katanya.

Perdana Menteri juga bersyukur kerana kesemua cadangan yang dikemukakan beliau telah mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah.

Muhyiddin berkata jemaah menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

Terdahulu, pada permulaan Perutusan Khas itu, Muhyiddin memohon maaf kepada rakyat di atas kemelut politik yang melanda di saat negara sedang berhadapan dengan cabaran besar menangani pandemik Covid-19.

Disebabkan itu, beliau terpaksa tampil menjelaskan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional dan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan, Menteri Alam Sekitar Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, hadir sama.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Founders Metals Hits 53.1 m of 1.21 g/t Au from Surface in New Zone...

(TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces drill results from the Upper Antino target area at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname.

Vondrousova insists she never doped after four-year ban

Former Wimbledon champion Marketa Vondrousova maintains she has never used performance-enhancing drugs after receiving a four-year ban for failing to comply with an anti-doping test.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings