the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kenal pasti dua lintas pagar kawat duri untuk lari dari kawasan PKPD

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti dua lelaki yang melarikan diri daripada sebuah kawasan perumahan PPR yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir di sini, dengan menyusup keluar melalui pagar kawat berduri yang dipasang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan mengenai klip video tular yang memaparkan kejadian tiga lelaki melarikan diri melalui kawat duri tular di media sosial itu pada pukul 4.51 petang semalam.

Beliau berkata kedua-dua dua lelaki yang dikenal pasti berusia 34 dan 46 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah.

“Lelaki berusia 34 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah di bawah kesalahan dadah berbahaya dan pelbagai kesalahan jenayah antaranya samun, curi dan lain-lain lagi, manakala lelaki berusia 46 tahun pula mempunyai sembilan rekod jenayah bagi kesalahan pecah rumah dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan malam semalam.

Anuar berkata usaha mengesan lelaki ketiga giat dijalankan dan polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan tiga individu yang melarikan diri itu.

Semalam, tular sebuah video berdurasi dua minit empat saat yang memaparkan tiga lelaki melarikan diri menerusi pagar kawat duri yang diletakkan di sekeliling blok PPR berkenaan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings