Sunday, November 9, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rangka manusia ditemui di lereng bukit Lebuhraya LEKAS

Polis Nilai siasat rangka manusia ditemui di KM24.5 Lebuhraya LEKAS arah utara, tiada unsur jenayah setakat ini.

NILAI: Tulang dipercayai rangka manusia ditemui di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) arah utara.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hashim berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 11.35 pagi 2 November lalu.

Laporan dibuat oleh pekerja pembersihan lebuh raya yang menjumpai rangka tidak sempurna di lokasi berkenaan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat beberapa tulang dalam keadaan berkelompok yang dipercayai tulang manusia,” katanya.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Abdul Malik menekankan bahawa tiada sebarang unsur jenayah ditemui semasa pemeriksaan lanjut di kawasan kejadian.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang petunjuk dan bahan kes telah dihantar ke forensik untuk ujian makmal.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan tampil membantu siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Mantin melalui talian 06-7581222.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Insp Mohd Syafiq Azmy di nombor 018-2247743. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Soomin leads Moutai Singapore Open, rekindles 2011 memories

Soomin Lee surged into the lead at the halfway stage of the Moutai Singapore Open after carding an impressive eight-under-par 64 to reach 12-under overall. The Korean ended his round with back-to-back birdies, rekindling memories of his runner-up finish at the same course during the 2011 Asia-Pacific Amateur Championship. Lee, who owns one DP World Tour title and five Korean PGA wins, said his past success in Singapore gives him confidence as he chases a much-needed result to secure his Asian Tour card for next year. A group of 10 players sit two shots behind, including Kevin Yuan, Matthew Cheung, Ian Snyman, Wang Wei-hsuan, John Catlin, Sarit Suwannarut, James Piot, Caleb Surratt, Ollie Schniederjans, and Jeunghun Wang.
spot_img

Popular Categories