the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tinggal 0.6 peratus untuk negara capai 90 peratus vaksinasi dewasa

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20,927,867 atau 89.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (8 Okt).

Peningkatan sebanyak 0.3 peratus kadar vaksinasi lengkap bagi dewasa berbanding sehari sebelum itu (7 Okt) 89.1 peratus menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus kadar vaksinasi kini berbaki hanya 0.6 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 94.7 peratus atau 22,166,911 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 174,820 dos suntikan vaksin diberikan semalam (8 Okt) bagi golongan dewasa melibatkan 74,199 individu bagi suntikan dos pertama dan 100,621 individu bagi suntikan lengkap.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 45,379,299.

Sementara itu, setakat semalam sebanyak 177,029 atau 5.6 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah melengkapkan suntikan vaksin manakala 70.4 peratus atau 2,217,920 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada 22 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings