the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga warga asing ditahan bantu siasatan video tular gaduh di asrama pekerja

BATU PAHAT: Polis menahan tiga lelaki warga asing semalam, bagi membantu siasatan mengenai sebuah video tular kejadian pergaduhan sekumpulan pekerja di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhamad Izzudin Runggai berkata dua warga Bangladesh dan seorang warga Sri Lanka berumur antara 23 dan 33 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai video itu semalam.

“Mangsa adalah seorang lelaki warga Sri Lanka dan merupakan pekerja kilang itu. Dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular di media sosial rakaman video pergaduhan sekumpulan pekerja warga asing di sebuah asrama pekerja di Sri Gading.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings