the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebenaran aktiviti pelancongan kepada individu lengkap vaksinasi bakal rancakkan kembali industri

KUALA LUMPUR: Kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri kepada individu yang lengkap dua dos vaksinasi Covid-19 di negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dapat merancakkan kembali industri pelancongan yang sudah lama terhenti akibat pandemik Covid-19.

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) Datuk Mohd Khalid Harun berkata pembukaan semula industri pelancongan domestik adalah penting untuk mengimbangi semula kesemua kerugian sekali gus dapat meningkatkan pendapatan masyarakat tempatan dalam bidang terbabit.

Beliau berkata ia sudah tentu menjadi berita yang amat menggembirakan ahli persatuan terutamanya hotel dan inap desa untuk kembali membuka perniagaan.

“Mata ingin menyarankan kepada semua ahli untuk memastikan semua pekerja mereka sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dan ia mesti melepasi tempoh matang mengikut vaksin-vaksin seperti yang dinyatakan dalam pengumuman khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mata berharap agar semua ahli hendaklah memastikan setiap pengunjung dan pekerja mereka mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),“ katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pelancongan Negara Dr Fathir Badri Alhadad berkata pengumuman kemudahan tersebut melegakan industri pelancongan negara dan menunjukkan kesiapsiagaan kerajaan untuk menuju ke arah menjayakan pelan tersebut.

Beliau berkata pembukaan sektor pelancongan secara terkawal itu akan dapat membantu menggerakkan ekonomi setempat yang telah mengalami kemurungan sejak Mac tahun lepas.

“Negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan pastinya akan mula membuka sektor ekonomi mereka dan hotel-hotel serta inap desa di negeri-negeri itu juga akan mula dibuka yang pastinya akan menyemarakkan kembali sektor pelancongan mereka.

“Sehubungan itu, kami memohon agar semua pengusaha sektor pelancongan untuk sentiasa cakna dengan SOP terkini supaya industri pelancongan akan dapat digerakkan semula dengan segera,“ katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Selangor (SAFTTA) berkata kelonggaran itu juga pasti akan menggalakkan segenap rakyat untuk sentiasa mematuhi SOP sekali gus menggalakkan mereka mendapatkan suntikan vaksin dengan segera.

Muhyiddin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran termasuk kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama melibatkan inap desa dan hotel untuk mereka yang menetap di negeri di dalam Fasa Dua PPN dan seterusnya, berkuat kuasa Selasa ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Brigadier General Mikee Romero honored as Outstanding Leader in Asia

Philippine Air Force Reserve Brigadier General Michael "Mikee" L. Romero, who heads Mikro-Tech Capital Inc., has been recognized as one of Asia's most outstanding leaders by ACES Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings