the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MPN ambil tindakan perkukuh, tambah baik sistem kesihatan, ekonomi pasca Covid-19: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) selaku pentadbir bersama agensi di bawah Kementerian Kewangan dan Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memperkukuhkan ketahanan sistem kesihatan dan ekonomi negara pasca pandemik Covid-19.

Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin(gambar) berkata ini kerana Covid-19 telah memberi pengajaran kepada negara tentang kepentingan penambahbaikan dan penstrukturan semula terhadap sistem kesihatan dan ekonomi yang lebih cekap serta berdaya tahan.

“Sebagai Pengerusi MPN, saya memikul amanah untuk memastikan segala perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merupakan strategi keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi kesan pandemik Covid-19, dapat berjalan seperti dirancang dan dipastikan mencapai matlamatnya.

“Untuk menjayakan matlamat MPN ini, pendekatan seluruh kerajaan dan masyarakat sahaja tidak memadai, sebaliknya memerlukan pendekatan seluruh negara bagi membolehkan usaha pemulihan negara berjalan lancar dengan mendapat sokongan dari seluruh pelosok tanah air,” katanya ketika berucap pada majlis Diners Club Talk anjuran Maktab Ketahanan Nasional semalam.

Dalam pada itu Muhyiddin turut menyentuh usaha kerajaan dalam melaksanakan proses vaksinasi yang pantas sehingga memperlihatkan hasil melalui pengurangan kes baharu Covid-19 di seluruh negara dengan statistik harian jangkitan menurun kepada empat angka dan kebanyakan kes dalam kategori tidak bergejala atau bergejala ringan.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa bersedia menghadapi ancaman yang mampu menggugat keselamatan rakyat dan kestabilan negara yang muncul tanpa amaran, pada masa hadapan.

“Tahap kesiapsiagaan itu bukan sahaja dalam aspek pertahanan, bahkan meliputi antaranya pemerkasaan kawalan penyakit, pembangunan vaksin dan sokongan yang mencukupi terhadap petugas kesihatan dan keselamatan yang menjadi frontliners kita.

“Dalam era baharu ini, kita perlu mengatur strategi, agar pada masa depan kita telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi pandemik, bukannya baru hendak bertindak selepas dilanda pandemik,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shootout traps tourists at Rio sunrise lookout

Dozens of tourists were caught in a gun battle between police and drug traffickers at a popular Rio de Janeiro sunrise viewpoint, the second such incident this year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings