Sunday, November 9, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai kanan kementerian direhat serta-merta atas dakwaan salah laku

Seorang pegawai pengurusan tertinggi kementerian direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku, siasatan segera dimulakan

PUTRAJAYA: Seorang pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian telah direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkenaan dimulakan segera.

“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian.

“Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Azri berkata sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau berkata kerajaan juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku melibatkan pegawai awam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories