the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis mohon lanjutan reman terhadap Namewee esok

Polis akan mohon lanjutan reman terhadap Namewee esok bagi bantu siasatan kes kematian pempengaruh wanita Taiwan di hotel Jalan Conlay

KUALA LUMPUR:  Polis akan membuat permohonan lanjutan reman terhadap penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata permohonan akan dikemukakan esok selepas tempoh remannya yang bermula Rabu lepas berakhir.

“Ya, permohonan sambungan reman terhadapnya (Namewee) akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pemuzik terbabit yang merupakan individu terakhir bersama pempengaruh Taiwan berkenaan iaitu Hsieh Yun Hsin, dianggap penting dalam membantu siasatan dan telah menyerah diri pada Rabu lepas.

Wanita berusia 33 tahun itu ditemukan mati dalam tab mandi di bilik air hotel terbabit pada 22 Okt lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam siasatan sama, pemuzik itu turut ditahan kerana memiliki serta menggunakan dadah dan telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Okt lepas.– Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings