Monday, November 10, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

316 syarikat di Terengganu peroleh sijil halal JAKIM

316 syarikat Terengganu berjaya dapat sijil halal JAKIM, dengan makanan catat pensijilan tertinggi dan Kuala Terengganu paling banyak

KUALA TERENGGANU: Seramai 316 syarikat di Terengganu berjaya memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata produk makanan mencatatkan bilangan pensijilan tertinggi iaitu 178.

Premis makanan merekodkan 91 sijil, diikuti pengilangan kontrak (22), barangan gunaan (15), rumah sembelih (enam) dan kosmetik (empat).

Daerah Kuala Terengganu mempunyai syarikat terbanyak dengan sijil halal iaitu 77, Kemaman (63), Dungun (48), Marang (35), Kuala Nerus (35), Besut (31), Hulu Terengganu (18) dan Setiu (sembilan).

“Kerajaan negeri menyambut baik perkembangan ini kerana ia menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan pengusaha terhadap kepentingan pensijilan halal,” katanya di Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Beliau menjawab soalan Zuraida Mohd Noor yang ingin tahu mengenai jumlah syarikat memiliki sijil Halal JAKIM di negeri itu.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu melalui Bahagian Pengurusan Halal membantu pemohon dengan mengadakan Klinik My e-Halal secara berkala di setiap daerah.

JHEAT turut bekerjasama dengan agensi pembimbing seperti Yayasan Pembangunan Usahawan, RISDA dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memperkukuh proses pensijilan.

Antara syarat utama pemohon sijil halal ialah syarikat perlu berdaftar secara sah dan memiliki lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

Pemohon juga perlu mempunyai perakuan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan atau JPV serta memastikan produk mematuhi piawaian halal sepenuhnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Tundra Esports triumph at Blast Slam IV in Singapore

British esports organisation Tundra Esports were crowned Blast Slam IV champions on Sunday at Singapore Indoor Stadium, claiming US$300,000 after a hard-fought 3-2 victory over Team Falcons in the grand final. The intense series went the distance, with Tundra rallying from behind to secure the title before a crowd of 5,000 fans and a global audience spanning 50 territories and 15 languages, reaching 21.9 million views. The US$1 million tournament shattered records, surpassing Blast Slam III in total watch time with 6.7 million hours consumed, and achieving a new peak viewership mark of 289,000. Twelve teams began their campaigns in October, with six advancing to the Singapore arena finals — Blast’s first-ever Dota arena show featuring players from 19 countries.

Moutai Singapore Open: Lee, Wang and Piot neck and neck in chase for title

It was a tight contest throughout the third round of the Moutai Singapore Open, with Korea’s Soomin Lee holding on to a narrow lead over compatriot Jeunghun Wang and American James Piot at Singapore Island Country Club. Lee, who began the day two shots ahead, carded a bogey-free 69 to reach 15-under, one clear of Japan’s Yosuke Asaji (65) and Korean Bio Kim (67). Lee, runner-up on this course at the 2011 Asia-Pacific Amateur Championship, birdied the final hole to stay in front as he chases his maiden Asian Tour and International Series title.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories