the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sinopharm, Johnson & Johnson lulus bersyarat untuk kegunaan semasa bencana: KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat kepada dua vaksin COVID-19 iaitu Sinopharm dan Johnson and Johnson (Janssen) untuk kegunaan semasa bencana.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata kelulusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-361 yang bersidang hari ini.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa,” katannya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

Vaksin Sinopharm atau ‘COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated’ merupakan vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited dan dikilangkan oleh Beijing Institute of Biological Products Co Ltd (BIBP), China dengan Duopharma (M) Sdn Bhd sebagai pemegang pendaftarannya.

Sementara vaksin Janssen COVID-19 Vaccine Suspension for Injection dikilangkan oleh Janssen Pharmaceutica N.V. Belgium dengan pemegang pendaftarannya Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Beliau berkata KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

Kerajaan komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings