KUALA LUMPUR: Penerbangan sulung AirAsia dari Kuala Lumpur ke Langkawi pagi ini di bawah inisiatif gelembung perjalanan merekodkan muatan penerbangan 100 peratus, menandakan lantunan semula kukuh perjalanan udara domestik.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata penerbangan tersebut – yang pertama daripada sembilan penerbangan harian yang dijadualkan dari Kuala Lumpur — berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 9.50 pagi menggunakan pesawat Airbus A321neo.
âSelain dari Kuala Lumpur (63 penerbangan mingguan), AirAsia juga mempunyai penerbangan ke Langkawi dari Pulau Pinang (14 kali seminggu), Johor Bahru (tujuh kali seminggu), Ipoh (tiga kali seminggu) dan Kota Bharu (tiga kali seminggu), menjadikan kesemua sekali 90 penerbangan seminggu,â katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata lebih 200,000 tempat duduk ke Langkawi terjual dalam masa kurang daripada seminggu.
âBagi memudahkan pergerakan ini, kami telah telah membuat persiapan menyeluruh dan melaksanakan protokol kesihatan dan keselamatan yang padu dan komprehensif bagi memastikan semua tetamu kami boleh melakukan perjalanan dengan selamat, dengan kru dan petugas barisan hadapan kami 100 peratus telah lengkap menerima vaksin.
âSelepas melakukan persediaan selama berbulan-bulan, kami bersemangat untuk menyaksikan industri kembali rancak dan bersedia untuk meningkatkan operasi kami bagi memenuhi peningkatan permintaan.
âKami berharap lebih banyak gelembung perjalanan diwujudkan di seluruh negara tidak lama lagi sejajar dengan peningkatan kadar vaksinasi dan seterusnya di seluruh rantau ini apabila telah selamat untuk berbuat demikian,â katanya.
AirAsia juga melancarkan perkhidmatan âride-hailingâ di Langkawi hari ini dengan pemandu kenderaan 100 peratus telah divaksinasikan.
-Bernama









