the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu arak ‘Timah’: Idris setuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad (gambar) bersetuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, supaya sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar yang digunakan.

Idris berkata perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

“Soal arak ini untuk orang bukan Islam bagi agama dia nak minum itu soal dia tetapi bagi orang Islam, merupakan satu perkara (arak) yang tidak boleh kita minum.

“Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujud normalisasi baharu, yang ini kita bimbang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 2021 di sini, hari ini.

Semalam, Wan Salim menerusi satu kenyataan berkata pihaknya amat kesal dengan sebuah iklan tular di media sosial beberapa hari lalu, yang menyatakan sejenis wiski buatan Malaysia diberi nama ‘Timah’ berserta paparan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah pada botol minuman tersebut.

Selain itu, Idris berkata beliau akan berbincang dengan pihak berkenaan antaranya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung isu tersebut.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings