the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemaju baharu dikenal pasti siapkan baki 30 peratus Hospital Bachok: Mustapa

BACHOK: Projek Hospital Bachok yang terbengkalai selepas kegagalan syarikat pemaju menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan akan disambung semula dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed(gambar) berkata sebuah syarikat pembinaan telah dikenal pasti untuk bagi menyiapkan dan melaksanakan semula kerja-kerja pembinaan yang berbaki kira-kira 30 peratus dalam tempoh 24 bulan.

Mengakui kecewa dengan kegagalan pemaju terdahulu, Mustapa berkata kos asal pembinaan hospital berkenaan ialah RM141 juta, namun kosnya telah meningkat berikutan masalah berpunca daripada syarikat pemaju.

“Pembinaan Hospital Bachok ini melibatkan kos RM141 juta bermula September 2016 dan sepatutnya siap pada Disember 2020, namun pemaju memberi alasan masalah pekerja dan kewangan menyebabkan mereka gagal menyiapkan projek ini.

“Berikutan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menamatkan kontrak syarikat terlibat pada Januari lepas. Pemaju baharu telah dikenal pasti dan akan diumumkan sebaik surat setuju terima (SST) dikeluarkan,“ katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek tersebut, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Jelawat Abdul Azziz Kadir dan Pengarah JKR Kelantan Ir Mohd Suhaili Ismail.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata kegagalan pemaju terdahulu amat mengecewakan kerana penduduk sekitar amat menantikan kemudahan hospital tersebut.

“Selain kos tambahan yang perlu ditanggung, kegagalan ini menyebabkan rakyat marah kepada wakil rakyat mereka,“ katanya menambah jumlah kos tambahan akan diumumkan apabila SST dikeluarkan kepada pemaju baharu.

“Berkenaan tindakan kepada pemaju lama, ia akan diputuskan oleh JKR,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings