the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Skuad Aman Wanita didik suri rumah tangani jenayah di kawasan kejiranan

TAIPING: Kolaborasi antara polis wanita dan suri rumah menerusi Skuad Aman Wanita (Amanita) di kawasan perumahan mampu membantu mendapatkan maklumat berkaitan jenayah selain menjadikan kawasan kediaman mereka lebih selamat.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid(gambar) berkata skuad tersebut mampu memainkan peranan dalam mendidik wanita terutamanya suri rumah sebagai rakan utama Amanita yang akan menjaga keselamatan diri, keluarga, tempat kediaman serta kawasan kejiranan.

“Pendekatan Amanita khususnya dalam program taman angkat dapat memastikan golongan wanita melengkapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan dalam menangani sebarang ancaman jenayah.

“Selain itu, Amanita turut berperanan memupuk kesedaran orang ramai khusunya wanita daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga, penyalahgunaan dadah, pencabulan dan sebagainya,“ katanya berucap melancarkan Taman Angkat Amanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak 2021: Taman Rakyat, Kamunting, Taiping yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Polis Perak hari ini.

Mior Faridalathrash berkata antara aktiviti yang pernah dianjurkan Amanita adalah ceramah pencegahan jenayah, perbincangan mengenai isu keselamatan dan penerangan mengenai saluran yang boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan atau tujuan menyalurkan maklumat.

“Dengan menjadikan taman rakyat sebagai taman angkat Amanita PDRM Perak, saya berharap kerjasama erat antara PDRM dan masyarakat setempat dapat diteruskan serta bersama-sama melaksanakan pencegahan jenayah.

“Saya turut menyarakankan agar warga PDRM Perak khasnya polis wanita untuk mendekati masyarakat dengan lebih giat melalui aktiviti kemasyarakatan agar program taman angkat ini dapat memberi impak positif kepada seluruh masyarakat Perak,“ katanya.

Mior Faridalathrash berkata peranan dan tanggungjawab polis wanita adalah sama seperti polis lelaki dengan masing-masing sentiasa memberi sumbangan dalam menjalankan tugas utama PDRM iaitu memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia terus terpelihara.

Beliau berkata Taman Rakyat Kamunting merupakan taman angkat Amanita ketujuh di negeri ini sejak taman angkat itu dilancarkan pada 2015.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings