the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lorong kanan Senai Utara-Kulai Plus ditutup mulai tengah malam ini sehingga Januari 2022: Plus

KUALA LUMPUR: Lorong kanan di antara Senai Utara ke Kulai, Johor di kilometer (KM) 24.65 hingga KM27.25 (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama tiga bulan setengah kepada semua kenderaan mulai 12 tengah malam ini (20 Sept).

PLUS Malaysia Berhad (Plus) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan lorong berkenaan sehingga 12 tengah malam 1 Jan 2022 adalah bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf tembok penghadang konkrit dilaksanakan dengan lancar.

“Sepanjang tempoh tersebut, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan bagi mengekalkan laluan dua lorong pada setiap masa.

“Dalam masa sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik dan had laju 60 km/j serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan Plus ketika melalui kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

Plus turut menasihatkan pengguna yang menghala ke utara supaya merancang perjalanan dengan menggunakan Aplikasi Plus untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan.

Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PlusRonda dengan menekan butang kecemasan (SOS) pada aplikasi tersebut sekiranya berlaku sebarang kecemasan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings