Tuesday, November 11, 2025
29.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih RM1 bilion aset 1MDB dipulangkan kepada Malaysia baru-baru ini

PM Anwar umum lebih RM1 bilion aset 1MDB dipulangkan ke Malaysia, proses pemulangan dana masih diteruskan di Switzerland dan London.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia berjaya memulangkan lebih RM1 bilion aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam negara baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkembangan positif dalam usaha pemulihan aset dana terbabit.

Beliau berkata proses pemulangan aset serta dana 1MDB masih diteruskan oleh jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan.

“1MDB ini pada peringkat akhir, masih ada kemasukan baru-baru ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

“Saya tidak dapat teka berapa jumlahnya tetapi mencecah lebih RM1 bilion tambahan daripada dahulu.”

Anwar yang juga Menteri Kewangan menekankan proses ini masih berterusan di Switzerland dan London.

Beliau menjawab soalan tambahan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi berhubung jumlah terkini dana 1MDB yang telah dipulangkan.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga memberi tumpuan kepada usaha menumpaskan penyelewengan serta sindiket jenayah telekomunikasi.

Ini termasuk jenayah e-kewangan, e-dagang, pinjaman dan pelaburan tidak wujud selain penipuan cinta.

Pada Oktober lepas, kerajaan dan 1MDB mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan.

Goldman Sachs membayar USD3.9 bilion (RM16.48 bilion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd sebanyak RM1.4 bilion. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories