the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelantikan semula ketuai portfolio sama beri kesinambungan kepada dasar: Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Pelantikan semula mengetuai portfolio yang sama sedikit sebanyak memberi kesinambungan kepada dasar yang telah dilaksanakan sejak 18 bulan lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz(gambar).

Menurutnya, pelantikan tersebut membantu beliau dan pasukannya di Kementerian Kewangan (MoF) untuk memberi tumpuan kepada membantu rakyat dan peniaga yang amat terkesan oleh pandemik Covid-19.

“Justeru, kesinambungan itu penting dari segi dasar, pelaksanaan, pemantauan dan keberhasilan.

“Kami (MoF) masih membuat laporan mingguan (laporan LAKSANA) untuk memberi gambaran kepada rakyat mengenai hasil atau pelaksanaan dari segi inisiatif yang telah diumumkan,” katanya pada program Inklusif: 100 Hari Mendepani Cabaran, Memperkasa Ekonomi #Keluarga Malaysia terbitan RTM, semalam.

Menjawab persoalan mengenai usaha untuk memperkukuh dasar asas kepada rakyat yang terkesan oleh pandemik Covid-19, Tengku Zafrul berkata MoF menggunakan kaedah interaksi libat urus dengan peniaga, persatuan dan pihak berkepentingan untuk mengetahui masalah yang dihadapi golongan ini.

“Jika kita lihat kepada perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) merupakan golongan yang paling terkesan.

“Itu sebabnya kita meneruskan inisiatif atau bantuan Geran Khas Prihatin yang mana peruntukan pembayaran berjumlah kira-kira RM6.08 bilion diberikan kepada 1 juta PKS mikro,” katanya.

Beliau berkata cabaran utama yang dihadapi PKS terutamanya dalam sektor-sektor yang terkesan seperti peruncitan dan pelancongan merupakan modal kerja.

“Kita telah memberi bantuan dari segi pembiayaan, moratorium dan sebagainya, namun, jika mereka masih lagi memerlukan bantuan, MoF sedang memperhalusi cara untuk lebih fokus kepada kumpulan peniaga dalam Bajet 2022,” katanya.

Tengku Zafrul berkata melalui kenyataan pra-bajet dan pentas konsultasi awam, sebagai usaha untuk menambah baik proses penyediaan bajet tahunan, langkah ini telah membantu kerajaan dalam mendapatkan input dan maklum balas dalam beberapa bidang.

“Ramai rakyat Malaysia, syarikat dan persatuan telah memberi maklum balas yang baik dan banyak yang akan kita gunakan dalam Bajet 2022,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings