the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Rakyat: Inisiatif elak peningkatan kes Covid-19 di PRN Melaka tumpuan hari ini

KUALA LUMPUR: Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada inisiatif yang akan dilaksanakan kerajaan bagi mengelak peningkatan kes Covid-19 seperti yang berlaku di PRN Sabah, tahun lepas.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu dijadual dibangkitkan semasa sesi soal jawab lisan Waktu Pertanyaan Menteri yang akan diajukan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) kepada Perdana Menteri.

Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) pula meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan inisiatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan pengenalan mekanisme penyelamat korporat untuk membantu entiti perniagaan bermasalah.

Pada sesi jawab lisan, Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) akan meminta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kementerian sedang atau telah mula meneliti kesesuaian dan keberkesanan penggunaan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) pula meminta Menteri Sumber Manusia untuk menyatakan pendirian kerajaan untuk menaikkan gaji minimum pada kadar RM1,200 sebulan memandangkan sejumlah besar rakyat terbeban akibat pandemik Covid-19.

Selain itu, sebanyak 10 Rang Undang-Undang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul untuk bacaan kali kedua, hari ini.

Antaranya Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2021, Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 32 hari hingga 16 Dis.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings