Tuesday, November 11, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan tidak rayu keputusan 40% hasil Sabah

Kerajaan Persekutuan tidak akan merayu keputusan 40% hasil Sabah dan akan mulakan rundingan dengan negeri itu segera.

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak merayu keputusan berhubung Pemberian Khas 40% hasil kepada Negeri Sabah.

Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara hari ini, kerajaan akan memulakan proses rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah dengan segera.

Mesyuarat Khas Jemaah Menteri membincangkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai Pemberian Khas Negeri Sabah.

Kerajaan Persekutuna menghormati prinsip Pemberian Khas 40% hasil yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Negara turut memberi nasihat mengenai beberapa kecacatan dalam alasan penghakiman tersebut.

Ini termasuk dakwaan bahawa kedua-dua kerajaan telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan sejak 1974.

Alasan penghakiman juga menyatakan kajian semula selepas 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional dan tidak berkadaran.

“Kerajaan Persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam alasan penghakiman tersebut,” menurut kenyataan AGC.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40% hasil dari 1974 hingga 2021.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menyifatkan pemberian khas tersebut sebagai “tidak sah, ultra vires dan tidak rasional”.

Beliau mengeluarkan perintah mandamus yang mengarahkan semakan semula hasil bersama di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Perintah itu menetapkan semakan dibuat dalam tempoh 90 hari manakala persetujuan bersama perlu dicapai dalam 180 hari. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories