the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan umum terma, syarat RCI Tabung Haji dalam masa terdekat- Ahmad Marzuk

PASIR PUTEH: Kerajaan akan mengumumkan terma dan syarat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diwujudkan untuk menyiasat isu-isu yang berbangkit dalam Lembaga Tabung Haji (TH), dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary (gambar) berkata kerajaan juga sedang mengenal pasti senarai keahlian RCI, yang bakal melibatkan pakar perundangan termasuk dalam bidang syariah.

“Terma dan syarat itu nanti tidak lari dari tujuan penubuhan RCI untuk menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH dari tahun 2014 hingga 2020.

“Kesemua transaksi yang timbul dan berbangkit sama ada di Parlimen atau media sosial mengenai urusan TH yang perlu pada siasatan akan dirungkaikan menerusi RCI tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serahan Sumbangan Qaseh Inspirasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di perumahan nelayan Tok Bali, di sini hari ini.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings