the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tender bagi Penggerak Penumpang Automatik KLIA di peringkat akhir penilaian: MAHB

KUALA LUMPUR: Tender untuk Penggerak Penumpang Automatik (APM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini di peringkat akhir proses penilaian, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan pengendali lapangan terbang itu berkata pihaknya telah mengenal pasti senarai pendek akhir pembida APM untuk menggantikan Aerotrain yang sudah lama selepas selesai peringkat penilaian teknikal.

“Pembida yang disenarai pendek sedang dinilai berdasarkan tawaran komersial mereka.

“Pendekatan tender Malaysia Airports memberi keutamaan pada memenuhi matlamat perniagaannya serta keperluan teknikal dan prestasi projek itu,” menurut MAHB.

Katanya semua permohonan telah dinilai secara objektif dan adil mengikut keperluan yang ditetapkan.

Selain itu, MAHB berkata pembida yang tidak memenuhi syarat ini tidak akan melangkah ke peringkat penilaian komersial yang terakhir dan semua pembida yang tidak berjaya telah dimaklumkan mengenai status mereka.

“Ketiga-tiga Aerotrain yang sedang beroperasi di KLIA perlu diganti berikutan aset-aset tersebut telah menghampiri peringkat akhir hayatnya.

“Dua daripada Aerotrain itu telah beroperasi sejak lapangan terbang tersebut mula dibuka pada 1998 dengan tren ketiga ditambah pada 2010,” menurut MAHB, sambil menambah penggantian tren itu dijangka dapat memenuhi pertumbuhan lapangan terbang itu pada masa depan.

Pada 1998, pergerakan trafik tahunan Terminal 1 KLIA sebanyak 13 juta penumpang manakala pada 2019, mencapai 29 juta penumpang, menurut kenyataan itu.

Tender tersebut dijangka dimuktamadkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang dan MAHB berkata pihaknya akan membuat pengumuman yang sewajarnya apabila penganugerahan rasmi diluluskan oleh Lembaga Pengarah.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings