the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan rancang sediakan 1,000 PEDi di seluruh negara akhir tahun hadapan

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang untuk menyediakan 1,000 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara menjelang akhir tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa(gambar).

Bercakap pada program Selamat Pagi Malaysia @ Ketereh, Kelantan anjuran RTM dengan topik ‘Ikhtiar Keluarga Malaysia – Bersama Pemimpin Menyantuni Rakyat’ hari ini, Annuar berkata penambahbaikan juga akan dilaksanakan kepada kira-kira 600 hingga 800 PEDi sedia ada di seluruh negara.

PEDi dijenamakan semula daripada pusat internet komuniti sedia ada, yang dijangka akan dilancarkan awal bulan hadapan di Bera, Pahang.

“… kemudian kita akan bina (PEDi) baharu di kawasan seluruh negara yang belum ada, tapi yang penting sekali adalah pengisiannya. (Contohnya) petang ini saya akan melancarkan #SayaDigital yang akan membawa pakar di dalam bidang e-dagang.

“… ini untuk memberi pengenalan awalan untuk orang kampung biasa, ibu tunggal, mereka yang berada di rumah, peniaga kecil, penjaja ataupun dalam kalangan remaja dan belia, dapat menggunakan kemudahan jalur lebar untuk menambah pendapatan,” katanya.

Annuar berkata jika fungsi jalur lebar sebelum ini hanya untuk berkomunikasi, kini kemudahan yang dibawakan kerajaan boleh mengubah taraf kehidupan termasuk menambah pendapatan, dengan memasarkan produk kampung secara dalam talian.

“… kemahiran, penjenamaan, pembungkusan, penjagaan kualiti, (dan) membuat penghantaran, itu kita akan latih supaya ia akan menjadi satu mata pencarian, satu peluang untuk menjana pendapatan.

“Ini yang kita hendak tumpukan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, dengan program besar-besaran dan dimulakan dengan #SayaDigital,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata pendidikan yang bagus mampu mengubah kehidupan seorang pelajar serta meningkatkan taraf kehidupan mereka, dalam jangka masa panjang.

Berikutan itu beliau berkata bantuan melalui pemberian data, peranti dan kemudahan pembelajaran internet yang lain, daripada penglibatan syarikat swasta dapat membantu golongan pelajar dalam kategori B40.

“Tumpuan saya daripada dahulu pun, keutamaan saya ialah kepada pelajaran sebab saya berteori, saya sendiri, kerana saya mendapat pelajaran yang baik walaupun saya budak kampung, saya dapat jadi profesional perancang bandar, kemudiannya dalam politik.

“Jadi kalau kita hendak menolong seseorang orang kampung, barangkali sukar nak mencapai ‘output’ mobiliti, vertikal mobiliti, nak mengubah status kehidupan, tapi kalau kita labur kepada anak-anak mereka… berbaloi untuk kita memberi perhatian kepada membantu anak (mereka) sekolah,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings