the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dakwaan tiga remaja di Perak, Sabah meninggal akibat vaksin Covid-19 tidak benar

IPOH: Dakwaan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai di sini meninggal dunia akibat vaksin Covid-19 menerusi rakaman video yang tular adalah tidak benar.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid(gambar) berkata semakan mendapati dua pelajar sekolah berkenaan dilaporkan meninggal dunia sebelum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang bermula pada 20 Sept lepas di negeri ini.

“Seorang pelajar perempuan meninggal dunia disebabkan positif Covid-19 pada 18 Julai manakala seorang lagi pelajar lelaki meninggal dunia akibat sakit jantung pada 17 Sept lepas.

“Pelajar perempuan itu mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik dan kritikal selama dua bulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Susulan itu, Mior Faridalathrash berkata pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung video yang tular itu.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita mendakwa empat pelajar termasuk dua pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia selepas divaksinasi tular menerusi media sosial sejak semalam.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan dalam sebuah video tular yang menyatakan kematian seorang remaja di Lahad Datu adalah disebabkan oleh suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah JKNS Dr Rose Nani Mudin berkata pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan telah membuat laporan polis terhadap dakwaan itu.

“Perbuatan individu ini boleh menimbulkan perasaan panik dan kebimbangan orang ramai terutamanya ibu bapa dan remaja yang bakal menerima suntikan vaksin,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Rose Nani mengingatkan kepada mana-mana individu atau pihak yang musykil dan masih tidak faham tentang vaksin boleh menghubungi JKNS melalui talian PICK 019-6051196 atau e-mel ke [email protected].

Beliau turut menyeru ibu bapa atau penjaga agar mendaftarkan remaja di bawah jagaan masing-masing menerusi aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin sebagai perlindungan diri dan keluarga.

“Daripada pemantauan JKNS, 80 hingga 90 peratus pesakit di Unit Rawatan Rapi adalah individu yang belum divaksin,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Competition, workplace safety and financial pressures shape risk agenda for Korean businesses, Aon survey

Aon's 2025 Global Risk Management Survey finds that increasing competition, workplace safety and financial pressures are the top concerns for Korean businesses, highlighting the need for stronger enterprise risk management, improved resilience and data-driven decision-making amid evolving economic and regulatory challenges.

Post-pandemic health upgrade drives global brands to Southeast Asia: High-purity Omega-3 leader WHC selects...

Belgium-based Omega-3 specialist WHC has entered Singapore with its flagship UnoCardio 1000, using the country as its strategic Southeast Asian hub. The expansion reflects growing demand for high-purity, science-backed health supplements in the region's post-pandemic wellness market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings