the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan tidak tekan media walaupun berbeza pandangan – Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Komunikasi nyata kerajaan tidak akan tekan atau ambil tindakan terhadap media walaupun tidak setuju dengan laporan diterbitkan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menekan atau mengambil tindakan terhadap organisasi media walaupun tidak bersetuju dengan laporan diterbitkan.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pendekatan ini selaras dengan komitmen menghormati kebebasan media di negara ini.

Beliau menyatakan pendekatan kerajaan kini berbeza dengan amalan sebelum ini kerana Kerajaan MADANI memilih untuk menyatakan pendirian secara terbuka tanpa menyekat kebebasan media.

“Kalau kerajaan ambil tindakan panggil MalaysiaKini untuk rekod kenyataan, saya percaya sebelah sana juga akan berdiri dan tuduh kerajaan kerana tak hormat kebebasan media,” katanya.

Teo menekankan bahawa walaupun terdapat artikel atau kandungan yang tidak disetujui, kerajaan akan menyatakan pendirian tanpa perlu memanggil media untuk rekod kenyataan setiap kali.

“Jadi walaupun ada artikel, kandungan yang kita tidak setuju, kita kurang setuju, kita menyatakan pendirian kita dan tak semestinya kita tiap-tiap kali perlu panggil mereka untuk rekod kenyataan,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa ini merupakan perbezaan paling besar antara Kerajaan MADANI dengan pihak sebelumnya.

Kenyataan ini dibuat semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Teo menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang membangkitkan isu laporan portal berita MalaysiaKini.

Laporan tersebut mengenai dakwaan kewujudan 263 akaun palsu dikaitkan dengan usaha menaikkan sokongan terhadap Perdana Menteri di Internet. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Listed Chinese Restaurant Chain XIAO NOODLES Hits Dual Milestone: Opens First Singapore Store at Iconic 313@Somerset for Its 500th Global Outlet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - XIAO NOODLES, a leading publicly listed Chinese quick-service restaurant (QSR) chain on the Hong Kong Stock Exchange (HKEX: 02408), has achieved a notable corporate milestone with the grand opening of its 500th global location.

First Phosphate Common Shares Added to the CSE25 Index

Saguenay, Quebec - Newsfile Corp. - December 29, 2025 - First Phosphate Corp. (CSE: PHOS) (OTCQX: FRSPF) (FSE: KD0) ("First Phosphate" or the "Company") is pleased to announce that, effective December 19, 2025, its common shares have been added to the CSE25 Index as part of the Canadian Securities Exchange's ("CSE") quarterly index rebalancing.

AZX, an Oder-Book DEX, Debuts Beta Testing with Breakthrough Performance and Innovation

PANAMA CITY, PANAMA - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - AZX, a next-generation decentralized exchange (DEX) built on the trading-optimized AZ Axis blockchain network, announced the launch of its Beta testing, introducing groundbreaking performance capabilities and innovative features designed to bridge the gap between traditional finance and decentralized trading.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories