Wednesday, November 12, 2025
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Premier Sarawak terima anugerah tertinggi Jepun atas sumbangan hubungan dua hala

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari terima The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star atas sumbangan perkukuh hubungan Malaysia-Jepun.

KUCHING: Kedutaan Malaysia di Jepun mengucapkan tahniah kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas penganugerahan “The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star.”

Anugerah itu disampaikan oleh Kerajaan Jepun di Istana Imperial Tokyo semalam.

Ia mengiktiraf sumbangan tidak ternilai Abang Johari dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia, khususnya Sarawak, dan Jepun.

Di bawah kepimpinannya, Sarawak memperkukuh kerjasama dengan syarikat Jepun dalam sektor ekonomi dan tenaga boleh diperbaharui.

Kerjasama melibatkan hidrogen dan ammonia menyumbang kepada peralihan tenaga Jepun dan keselamatan tenaga jangka panjang menerusi pembekalan LNG yang stabil.

Abang Johari juga memainkan peranan penting dalam memajukan pemuliharaan hutan serta menyokong kerjasama akademik dan pertukaran belia antara kedua-dua negara.

Selepas majlis penganugerahan, Maharaja Naruhito berkenan menerima menghadap Premier Sarawak sebagai mengiktiraf sumbangannya.

Abang Johari antara tiga penerima bukan rakyat Jepun yang diiktiraf atas usaha luar biasa mempromosikan muhibah antara Jepun dengan negara lain. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories