Wednesday, November 12, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelajar warga China maut disyaki terjatuh dari kondominium tingkat 18 di Nilai

Pelajar lelaki warga China berusia 18 tahun ditemui mati di aras lima kondominium di Bandar Baru Nilai, disyaki terjatuh dari tingkat 18

NILAI: Seorang pelajar lelaki warga China ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Bandar Baru Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam melalui talian kecemasan 999 mengenai seorang lelaki warga asing terbaring di aras lima bangunan tersebut pada pukul 7 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 18 tahun merupakan seorang pelajar yang tinggal di kondominium tersebut bersama seorang rakan senegara,” katanya.

Pemeriksaan awal pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan mendapati tiada kesan kecederaan luaran yang mencurigakan pada tubuh mangsa.

Mangsa hanya mengalami pendarahan di bahagian telinga dan ruam pada badan.

Tiada barangan peribadi mangsa dilaporkan hilang di dalam rumahnya.

Mayat telah dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories