Wednesday, November 12, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PTPK kekal salur pembiayaan kepada pelajar termasuk B40

PTPK kekal salur pembiayaan kepada semua pelajar termasuk B40 dengan komitmen aktif RM524 juta kepada 52,098 pelajar di 306 pusat latihan

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) tidak menghentikan pembiayaan kepada mana-mana pelajar termasuk daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menegaskan tuduhan mengenai pemberhentian bantuan kepada pelajar B40 adalah tidak berasas.

Sehingga Ogos 2025, PTPK telah meluluskan pinjaman dan mempunyai komitmen pembiayaan aktif berjumlah RM524 juta melibatkan 52,098 pelajar di 306 pusat latihan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 21,947 pelajar telah diluluskan pinjaman mereka pada 2025.

Semua pelajar yang diluluskan pinjaman masih terus menerima pembiayaan dan elaun sara hidup seperti biasa.

Elaun sara hidup kini telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM800 setiap pelajar.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berhubung dakwaan kononnya elaun sara hidup di bawah PTPK dihentikan semenjak beberapa tahun lepas.

Abdul Rahman berkata fokus pembiayaan pada 2025 lebih tertumpu kepada program kemahiran khususnya sektor dan industri pertumbuhan tinggi serta bernilai tinggi.

Ini selaras dengan bidang keutamaan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 termasuk penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, kenderaan elektrik, aeroangkasa dan kecerdasan buatan.

Bagi perancangan masa depan, pengagihan dana PTPK akan berdasarkan keutamaan seperti program berimpak tinggi dan rekod prestasi bayaran balik pinjaman.

Kriteria lain termasuk pematuhan terhadap syarat permohonan dan penempatan pekerjaan selepas tamat latihan.

Dari segi kadar kebolehpasaran, hampir 100% pelajar yang menamatkan latihan di bawah PTPK berjaya memperoleh pekerjaan.

Sebahagian kecil belum bekerja adalah kerana memilih pekerjaan lebih sesuai dengan kelayakan masing-masing. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories